Sunday, February 7, 2010

PERTEMUAN KITA BERSAMA

Hai… dah lama tak update blog ni rasanya. Aku rasa rindu plak kat korang2 ni… selepas aku membaca blog farberry, teringat plak aku macam mana kite semua boleh bertemu dan menjadi kawan.


NURUL NADIHA a.k.a NAD
Aku rasa antara banyak2 kawan, budak ni paling lama. First kawan yg aku ada masa aku masuk SMKTM adalah budak ni. Dia merupakan orang pertama yang aku cakap. Tapi macam mana kitaorang boleh bertegur sapa tu aku dah tak ingat. Dia tegur aku dulu atau aku tegur dia??? Cuma yang aku ingat dia ada memperkenalkan kawan dia, Wan Nur Adibah. Time tu kat dewan sekolah. Pastu bila aku tanya kelas, tak sangka pula dia sama kelas ngan aku. kelas 1L…. dari F1 until F4, muka yang akan duduk kat tempat sebelah aku adalah budak ni. budak yang akan gelak2 dengan aku sampai nak terbalik usus pun ialah budak ni. budak yang akan menangis sama2 ngan aku pon budak ni jugak. Asal aku nangis, dia nangis. Asal die nangis, aku nangis. Asal dia gelak, aku gelak. Asal aku gelak, dia gelak. (berserabut kepala kau baca) Emosi tak stabil betul r… tapi disebabkan perkara2 sedemikian, aku bagi ko ranking #1 sebagai kawan gelak, ketawa, nangis, kacau orang n marah bersama2. (suka r tu). untuk pengetahuan kau nad, kau pernah jadi kawan aku masa kita darjah 4 or 5. masa tu kau, aku ngan shahira isa sama2 jadi kawan. Aku ingat lagi masa sekolah rendah, kau pernah duduk selang sebaris, 2 atau 3 baris belakang aku tapi kalau tak silap aku kau dulu pendiam ckit kot… tapi an, masa sekolah rendah dulu, shahira pernah tanya ngan aku apa nama ayah kau. Pastu aku jawab razak mohaiden. Masa aku cakap tu kau ada kat sebelah aku tapi kau tak marah pon. Ko gelak ader r… So, kalau kau terbaca benda2 ni, kau jangan lah marah pulak…. Smile always will make your days happy…


FATIN SYAMIMI a.k.a FATIN
Budak ni pulak adalah ranking #2 kawan aku yang paling lama masa sekolah menegah r… ranking #1 sudah semestinya budak kat atas tu. sebabnye, fatin aku kenal lewat sehari atau beberapa jam dari nad. sedar tak sedar dia dah jadi kawan aku selama 4 tahun. Lama jugak tu kan… tapi budak ni pendiam ckit (yeke kau pendiam??) masa F1, die duduk depan baris aku. lepas kedudukan meja dah berubah, dia duduk kat maner2 ntah. Malas plak aku nak ingat. Masa F2 plak, dia duduk kat depan aku jugak. Dia sememangnya tak ader peluang nak duduk kat sebelah aku sebab budak ‘kacang’ aka nad tu selalu duduk kat sebelah aku. haha… ^_^. Masa F4 sekarang r baru die dapat duduk kat sebelah aku pas nad g teknik. aku tulis F4 ni teringat plak kat BOF. I luv you 4 eva n eva….. ish, dah masuk lain plak. Kembali ke topic asal, aku ingat fatin pernah nangis masa F2 sebab demam. (aku rasa aku ingat pasal kau yang tu je). Hehe… SORRY SORRY naege naege… tapi kan aku tgk die sekarang ni dah ada kemajuan ckit. Die kan aku tgk makin lama makin kuat bercakap pon ada jugak. Sebabnya aku pon tak tau camner nak menerangkan. (Hehe… jgn marah… ko tau aku camner an??) Tapi biarlah… die kan kawan aku… tapi kan aku pelik ngan die ni. aku nak tanya satu soalan r kat ko fatin. Napa kau suka sangat ngan haiwan hitan putih yang bernama panda 2…..??? dah r itam putih. Macam era 80-an plak


SITI ZULIANA a.k.a ZUE

Aku rase dalam banyak2 kawan aku, budak ni paling kiut sekali. Haha… (ko jangan nak perasaan lebih2) sebabnyer, die paling tut sekali dalam kumpulan kitorg. Huahuahuahua….. (banyak betol aku kutuk korang ary ni) tapi bak kata org tua2, jgn pandang org dari segi luaran, pandang r dari segi 3D. (aku tak tau nak cakap ape r pasal budak ni) first time aku jumper die, maser F2. die kawan lamer fatin. Masa tu aku tak tau nak panggil die aper. Kalau ko sedar r zu, maser tu aku panggil ko kejap2 zuliana, zul atau zu. Ni semua sebab fatin punya pasal. Die panggil ko zul sampai aku pon naik konpius nak panggil ko aper. Fatin punyer pasal jugak r maser tu aku panggil kau macam mana fatin panggil ko sekarang. Ader awak r, kite r… naseb baik panggilan tu dah berubah jadi kau dan aku. hihi ^_^ (fatin ajar aku wat smile ni)…. Tapi antara banyak2 kawan, aku raser banyak benda yg aku kongsi ngan kau. Aku pon tak ingat apew bendanya… kalau aku ingt pon, x kannya aku nak tulis kat dalam blog ni. biarlah rahsia… tetiba teringat plak aku bler ko nyanyi lagu Slot Akasia maser F3. abes lagu digubahnya… adoyai… aku pon teringat jugak masa ko gelak kat PNM dulu. Masa ko baca buku tu… kelakar gler dowh… tapi an, tok ko pulak aku bagi #1 sebab ko adalah org pertama yg aku citerkan citer2 korea atau cina. japan blowm ag… hahaha….. mesti ko tensyen dgr aku punyer synopsis tiap2 ary pasal citer BOF tu… tapi kan disebabkan ko nak kat pindah maser tu, aku paksa jugak ko dengar sebab ko kan penyabar… hihihi…



WAN ZATI HANANIN a.k.a WAN

Budak ni adalah yg paling pendiam sekali n die jugak selalu je tersengih. Aku x penah dgr die gelak. Kalau die gelak pon dek suara. First aku jumper ngan die maser F2 gak. Maser tu die duduk dgn fatin (kalau x silap). Tapi an, perubahan yg agak drastic yg telah kawan2 aku buat dekat die ni adalah dr bdk yg senyap, pemalu, pendiam, dan sopan-santun (kau jgn bangga sgt wan) kpd budak yg agak nakal. Kalau dulu kitorang usik die x dek pemboleh ubah TINDAK BALAS, sekarang dah ader dah. Aku tau mangsa die selalunyer nad. Sebabnyer nad selalu usik die. Aku jarang sikit sebab aku ni budak baik. (ehem.. ehem… control baek punyer). Tapi an dalam banyak2 kawan, wan ni yg aku selalu panggil die kiter2. jarang aku panggil die kau aku. maybe sebab dah terbiasa sejak first kawan dulu kot. Tapi aku suka die ni sebab die ni rajin ckit. Contohnya, kalau aku ajak die g laihan rumah BENDAHARA (saja buat urup besar nak kasik femes skit), die akan datang. Pastu die ni antara yang tak banyak kerenah dalam golongan kawan2 aku.


ALIA IZZATI a.k.a ALIA
Yeah!!! Jepun mari! Jepun mari! Wo lai jie shao yi xiar (saya perkenalkan) Alia kawaii… haha… suker r tu… jgn perasan lebih2 nanty abes koyak rabak baju tu disebabkan kekembangan yg melampaui batas. Die ni agak kebler2an ckit. Hehe.. sory tau alia. Tapi, bler2 die, die ni pon sebenarnyer pandai. Tapi aku ngan zu pernah jugak menewaskan die. Haha… (yeke aku pernah tewaskan ko). And bler die ni r yg membuatkan aku n kawan2 yg lain berasa shiawese. Haha… (thank to alia sebab mengajar aku japan. Kepada yg tak paham tu sila diamkan diri)Oh ye!!! Hajimete aku jumper die maser F2. citer aku berjumper ngan budak ni leih kurang sama macam citer aku terjumpa zu ngan wan tu…. aku terlupa plak. Selain daripada wan, alia ni pon aku panggil awak2 jugak. Tapi antara kawan2 kitorang, budak ni sorang tersesat kat 4M1. ye r.. nak jadi doctor, saintis, masuk r 4M1. kitorang ni bakat2 engineer sahaja (naper plek sgt aku eja engineer 2???) budak ni plak ranking #2 aku citer pasal citer korea, japan and cina. tok pengetahuan ko nad, org pertama yg aku tanyer pasal KHJ aka Kim Hyun Joong aka Yoon Ji Ho adalah budak ni. die r yg menyarankan aku tgk citer BOF tu kalau aku nak tgk muka si KHJ leader tu. teringat plak aku masa F3 dulu, aku ngan nad pernah sajer2 wat merajok. Hehe… sory r alia. Kitowang bukannya sengaja. Juz tok menceriakan sejarah kiter sumer. Tapi an tapi an… maser tu gak r kitowang tau yg alia tak tau tulis surat. Huahuahua… (ngutuk ag aku ni). sorry alia… egao alia… egao… yeah kawai…


So, sampai situ je r peristiwa yg aku ingat pasal korg sumer. Saranghae korang sumer… tanpa korang aku x camni rasanya….